Why need to make boundaries between Malaysian and Indonesian?


-This is the copy-pasted article from my original blog at myspace-

Saya terdorong untuk menulis blog ini apabila saya mulai merasa jurang antara malaysian dan indonesian. Saya masih baru lagi dengan myspace ini tapi saya berjaya menambah kawan dengan banyak. Bukan untuk menambah populariti ataupun sekadar perhiasan. Tapi untuk cuba bergaul dengan orang yang pelbagai ragam kerana saya bukanlah orang yang suka bergaul di luar. Jadi saya ambil kesempatan dengan kemajuan yang ada untuk cuba bergaul.

Hati saya terasa bila seorang dua rakan indonesia tidak menghiraukan mesej saya, mahupun untuk menjawab salam saya. Sebabnya jelas terpapar di headline mereka. Katanya, “Di mohon y ,org malaysia ga usah add gue. Gue ga suka org malaysia ,aneh kaia andika (kangen band)”

Kenapa perlu meletakkan jurang antara malaysia dan indonesia? Padahal kita sebagai anak melayu, seorang muslim bersama-sama kita di bawah satu agama yaitu Islam! Apakah ini kita panggil melayu? Islam? Yang selama ini kita agung-agungkan merapatkan silaturahim kononnya?! Tidak akan diterima kita oleh Nabi Muhammad s.a.w jika kita berterusan untuk bermusuhan.

Kenapa perlu membenci malaysia? sedangkan ramai rakyat mu mencari rezeki di malaysia? sekiranya indonesia lbh unggul, kenapa tidak menyediakan peluang pekerjaan yg cukup untuk rakyat nya? kami tidak ingin bertegang leher mengagungkan negara masing2..kitakan bangsa serumpun, tidak enak rasanya untuk benci-membenci sesama sendiri..sikap saudara/saudari ternyata membuktikan saudara/saudari ialah satu bangsa yg tidak tahu bertetangga,bertujuan memecah belahkan tali silaturrahim sesama kita..tiada gunanya..malaysia sgt indah, seperti juga indonesia..masing2 punyai keistimewaan, kelebihan..=)

kami kebanyakan rakyat Malaysia pun sebenarnya tidak ingin menjadi musuh kepada Indonesia. tentang perihal siapa mula dahulu ini tidak mungkin dapat dijelaskan kerana rasanya keadaan ini telah berterusan sejak dahulu lagi.

namun pada pandangan saya, rasanya semua ini terjadi gara-gara pengaruh media massa di kedua-dua negara. Media massa di negara ini selalu melaporkan tentang masalah-masalah jenayah yang disebabkan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang rata-ratanya terdiri daripada warga Philippine dan Indonesia sendiri.

Apabila rakyat membaca berita tentang jenayah ini sudah tentu rakyat di sini tidak senang dengan kehadiran warga PATI. namun apabila berita ini terbesar ke Indonesia lain pula perkara yang dilaporkan.

Kami tidak tahu bagaimanakah media massa Indonesia mengambarkan keadaan di Malaysia namun adalah patut untuk kedua-dua pihak untuk saling bertoleransi dan berkompromi sebelum kemeluk kedua negara ini membara dengan lebih teruk lagi

Maaf ya kalau blog ini menyentuh isu-isu sensitif antara kedua-dua belah pihak sama ada malaysia mahupun indonesia. Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengetahui persepsi indonesian terhadap malaysia dan juga sebaliknya. Diharap kalian bersikap terbuka menerima kritikan sama ada yang baik mahupun sebaliknya kerana niat saya untuk meleraikan segala kekusutan yang ada dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

No comments: